Saturday 16 June 2012

Mencari RedhaMu


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Lakukanlah apa yang di perkatakan."

Jari ini pantas menulis tazkirah-tazkirah, post post islamik.
Mulut ini juga senang melontarkan dan memberikan kata kata nasihat kepada kawan kawan di sekeliling.
Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, hati ini sangat takut.
Sangat takut andainya apa yang di perkatakan, apa yang dituliskan, tidak mampu di praktikkan oleh diri sendiri.

Lebih takut lagi apabila mengingatkn amaran keras Allah dalam al-Quran yang membawa maksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff, 61: 2-3)


Sungguh, sangat gerun dan takut apabila mengingatkan ayat-ayat ini.

Ya Rabb, bantulah kami untuk mempraktikkan apa yang telah kami katakan.

Tuesday 12 June 2012

CUKUP BAGIKU ALLAH


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

cukup bagiku ALLAH..

dalam tiap keadaan.tiap pertemuan,tiap situasi.tiap cubaan, tiap permasalahan yang terkandung dalamnya pelbagai tersurat dan tersirat..
yang tiada lain mengandungi hikmah tersendiri..
walau kekadang tiadalah mampu selaku insan yang di cipta dengan pelbagai kelemahan hingga satu saat hampir jatuh terduduk..

Ya ALLAH..
kau ampunilah dosaku..
sesungguhnya aku berasa jauh denganMu Ya Rab..
aku leka dengan hal duniawi..
kau dekatkanlah hatiku untuk sentiasa bersamaMu..
hanya Kamu yang mengetahui atas tiap2 sesuatu..
Amin..

aku rindu diri aku yang dulu..
Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini