Friday 23 May 2014

OFFICIALLY GRADUATE AND ALUMNI UiTM!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Its Just Simple Entry.


18 May 2014

I'm officially graduate..
First Class BSc (Hons) Computational Mathematics
I'm officially alumni UiTM.


terima kasih tak terhingga kepada keluarga yang banyak bagi moral support.
terima kasih kepada semua pensyarah UiTM Pahang yang mendidik dan memberi ilmu.
terima kasih kepada classmate, housemate dan junior2 kesayangan atas ilmu dan suka duka bersama..
that's all!
ku tahan airmata supaya tak mengalir..tapi tak tertahan..
rindu kan abah..this is for you abah! konvo tanpa abah!

graduated from UiTM BSc Computational Mathematics

wajah kesayangan hamba..mereka yang sentiasa bagi moral support
THANK YOU SO MUCHH TO HJ TALIB'S FAMILY

classmate kesayangan..housemate kesayangan..junior kesayangan
mereka suka duka saya..luv u guys so muchh!
suppose ada sorg lg kesayangan yg patut ada dlm gambar ni..tapi tak dtg..T_T

junior yang sudi datang konvo sy! tq so muchh sayang..



ini saja untuk tatapan..

Tuesday 25 February 2014

KORANG BUAT..KORANG DAPAT

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit perkongsian dari saya
dipetik daripada:
Sudut Renungan bersama Tok Putih (UJANG)

* kalau nak wajah kelihatan segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhuk.Jangan dilap, biarkan menitis dan kering sendiri. Kemudian solat, berzikir dan berdoa.

* kalau nak menghilangkan stress, perbanyakkan solat dan mengadu pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

* kalau nak awet muda, sentiasa mengukir senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' ketika menghadap cermin.."Allahumma Kamma Hassanta Khalqi Fahassin Khuluqi" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku).

* kalau nak mendapatkan bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah. Jangan berbohong atau menyakiti hati orang lain serta tidak menyombongkan diri atau takbur.

* kalau nak tubuh langsing, berpuasa seminggu dua kali. Isnin dan Khamis. Lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud A.S; dimana baginda berpuasa selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran,buah-buahan dan air putih.

* Kalau hendak dikenali sentiasalah beri salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenal dan disayangi.





sekian..
selamat beramal..
korang buat ..korang dapat..
^_^

Saturday 15 February 2014

Feeling

 

ehem ehem..
feeling feeling sikit dengan lagu ni..
hehehe..
tiada kaitan dengan apa apa ye..
just lirik je...
nak suwit lagi haa dengar lagu ni..

kekonon je berangan..kikiki
Insyaallah..
majlis aku nanti nak suruh dejay mainkan lagu ni + lagu kondangan..
fuhhhh..berangan lebih weh!





Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

moga bertemu dengan Mr.Imam 
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Moga Allah jaganya untuk diri ini..
Kami sedang mempersiapkan diri untuk menjadi yang soleh dan solehah.

TERAKHIR KALINYA

In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

buat terakhir kalinya dapat email dari UiTM.
maka secara tidak rasminya tamatlah pengajian degree aku.
selagi belum konvo tak rasmi lagi la kan..hehe

3 tahun bertungkus lumus, berkerja keras, memeningkan kepala, memerah otak, menstresskn diri dan macam macam me.. lagi la..haha
akhirnye....
aku berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Matematik Pengkomputeran
Kelas Pertama..hehe
yeay tak payah bayar PTPTN.

kejayaan ini bukan untuk diri sendiri saje..
kejayaan ini untuk keluarga tersayang.
terutamanya untuk arwah abah yang banyak berkorban untuk membesarkan dan beri pendidikan untuk anaknya yang nakal degil ni..
sedih!!
sebab abah tak dapat melihat anaknya ini naik ke pentas mengenggam segulung ijazah kelas pertama.
moga dikau tenang dan tersenyum di sana wahai ayah..
kejayaan ni juga untuk mak yang juga banyak berkorban untuk memberi yang terbaik, yang jadi tempat aku mengadu itu dan ini..

ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada:
:: family yang banyak membantu dari segi kewangan, dorongan, nasihat ::
:: pensyarah yang memberi ilmu dan tunjuk ajar, mohon dihalalkan segala ilmu yang diberi ::
:: classmate yang banyak membantu terutamanya working united (farid and farah) ::
:: housemate yang sporting dan gila gila ::
:: mr. kaunselor yang banyak bagi nasihat, teguran, bebelan, bagi al quran ::
:: semua yang sentiasa hadir waktu aku susah dan senang ::



akhir kata:
siapa yang berusah pasti akan berjaya
carilah redha Allah..redha Allah terletak pada redha ibubapa


Thursday 6 February 2014

Jawapan Istikharah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Aku harap malam ni kau tak muncul lagi
Jangan menjelma dalam mimpi
Tapi malam ni aku akan bersujud dalam gelap malam
AKu bermohon dalam diam
Kalau kau yang aku nampak
Mohon Allah jaga kau dalam senyap
Sampai jumpa jadi nyata
Kau depan mata.








istikharah jalan yang terbaik.

Sunday 12 January 2014

ENTRY RINGKAS

Bismillahirrahmannirrahim..


Banyak berfikir insan yang kita sayang tetapi tiada di depan mata 
akan buat kita mengandai dan berteka-teki, 
terus menyeksa hati dengan menganggap seseorang itu begitu dan begini.

Hakikatnya 
tidaklah begitu,
didik hati bersangka baik 
 doakan kesejahteraan dan perlindungannya.

Itu lebih baik.
Jaga maruah diri, Allah akan jaga juga dia.

Saturday 4 January 2014

Sharing is caring

Bismillahirrahmannirrahim..

"Duniaku dakwahku"

haaa tu dia..sekarang ni tengah excited dan seronok tgk rancangan Pencetus Ummah..banyak betul input ukhrawi yang boleh di ambil..sampai kan tengok ulangan hampir tiap2 hari..tak pernah bosan..rancangan ni betul2 menyentuh jiwa sampaikan hati ini tergerak untuk menyambung pengajian dlm bidang islamic..Allahu..moga tercapai hasrat ini.

Pada episode separuh akhir hari tu, aku sangat tertarik dengan soalan yang di ajukan kepada PU Rahmat.

soalannya: apakah hukumnya bila seorang lelaki keluar bersama seorang perempuan menonton wayang?
jawapan PU Rahmat: haram jika seorang lelaki keluar bersama perempuan yang bukan muhrimnya. bagi jawapan menonton wayang ianya tidak salah yang salah isi kandungan dlm cerita yg ditonton dan manusia yg menonton.

for further infomation, ni aku ambil dari blog iluvislam.

jawapan dari seorang ustaz:
adapun hukum menonton wayang itu pada asalnya adalah harus. Namun pada kemungkinan di sana terdapat perkara2 yg menyalahi syariat i.e pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,filem yg di tygkan trdpt unsur2 yg menyebabkan ia boleh trjatuh pada bhgian haram.

Oleh itu, jika menonton wyg tanpa ada perkara2 yg menyalahi syariat islam maka ia adalah diharuskan.tetapi jika trdapat perkara2 yg menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yg sia sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

wallahualam.

sekadar perkongsian..

Friday 3 January 2014

BUAT INSAN YANG SAYA SAYANG

Bismillahirrahmannirrahim..

kepada insan insan yang saya sayang..

Kita ni bagaimana hubungan kita dengan ALLAH Taala?
Kita punya solat, kita punya bacaan quran, penjagaan kita dengan dosa.
Bagaimana???
perkara ini kalau kita tidak ambil berat, kita tidak akan dapat lahirkan sesuatu yang luarbiasa.


doakan supaya orang orang yang kita sayang menjadi orang yang mendirikan solat ye..

sebab orang orang yang sentiasa solat adalah orang yang selalu bercakap dengan Allah dan orang yang selalu bercakap dengan Allah adalah orang yang dekat dengan Allah.

Bila Allah dah dekat dengan dia, insyaallah tak ada apa yang perlu kita risaukan.
Allah akan jaga dia selagi dia jaga tanggungjawab dan hubungan dia dengan Allah.

I leave you in the care of Allah.

Saya sayang kamu.


ukhuwah untill jannah.
Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini