Wednesday 27 February 2013

DOA UNTUK IBU DAN BAPA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Wednesday 20 February 2013

:: RUGINYA ::

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al Quran panduan penunjuk jalan..
sunnah rasul penerang kegelapan..
Al Quran boleh menyejuk kan hati..dan melapangkan jiwa..
*petikan lirik nasyid dr kumpulan ape ntah..*

Hari-hari dengar muzik, tapi Al Quran tak di baca..RUGI!!
Sibuk berniaga tak sempat baca Al Quran..RUGI!!
Sibuk berpolitik tak pernah baca Al Quran..RUGI!!
Pandai menyanyi, karaoke, dangdut, joget tapi tak pandai baca Al-Quran..RUGI!!
Pandai ilmu akademik tapi tak pandai baca Al Quran..RUGI!!
"boleh membaca Al Quran tetapi tak nak membaca Al Quran..RUGI!!
Tak tahu membaca dan tak nak belajar membaca Al Quran..RUGI!!

RUGI!!
Dunia & Akhirat

dalam Al Quran terkandung seribu satu cerita..doa..
jika kita tengah stress, jiwa kacau, 
cubalah untuk membaca Al Quran..
tiada yang lebih tenang bila mendengar ayat ayat Al Quran..



Friday 15 February 2013

KEJAYAAN INI MILIK KITA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ehem..jumpa lagi..
ari ni 15 feb 2013..
secara rasminya result di keluarkn..
hohohoiiii

first time dpt tau result lambat..
besenye seminggu awal dah tau..hehehe..
and first time jugak tengok sendiri..
sampai x lena tidoq aku..
fuhhh..

kul 3 pagi bukak email..mamai2..
frust jgk la tgk pointer..skali tu rupenye cgpa..haha..
maklum la tgk gne hp je..mls bukak lappy..
skali scroll ke kanan cket..GPA:3.??
Alhamdulillah!!

kejayaan ini milik diri saya dan untuk family sy!

syukur x terhingga..
terima kasih semua pensyarah2 CS2275A
miss Huda,Miss Azimah,Pn Noraini,Dr.Azizah,Pn Hidayatun.
terima kasih jugak kat kawan segroup system Ask the Expert..Cet
kawan segroup proposal fuzzy Cet lagi n Mimi..
kawan segroup projek Paji Cet lagi..hmmm..mimi,apih,farid
kawan stadi n cuci mata kt library..Cet lagi...adoii..dila,pijot,farid,fadzil,hazel..
terima kasih shafa sbb bagi hint soklan exam..
terima kasih semua rakan sekelas, adik2 junior bg pinjam moto hantar esaimen, pinjam skirt nk present.hihihi
terima kasih Amir Hafiz sbb dtg libry stdy skali,sbb lepak mlm2 ble stress study..eh?? terlibat gak abg amir ni..hahaha..mampos aku kalo dia baca ni..

TERIMA KASIH SEMUA!!



fuhh dah macam ucapan retis!

doakn kejayaan aku last sem ni nanti..doakn aku tamat degree dengan first kelas! 

ape yang penting..KERJASAMA!

no more group esaimen maybe..

moral of last sem:
perlu berdikari sendiri sbb fyp individu.
jangan asik merayap je..
rajin dtg kelas n FOKUS!
score n study betul2 even kuiz je.
kurangkn tido.eh tp mesti cukup tido bile nak exam! ni penting.
jaga tutur kata dgn pensyarah dan kawan2..
yang penting sekali
SOLAT,DOA,NIAT
jangan tinggal solat..jadikn Al Quran sbg peneman bila2 masa shj..
ALLAH sentiasa ada bersama org2 yg sabar.

sekian..

p/s: ni kalo arwah abah ada lagi mesti dia la org paling gembira..then dapat la nasihat free..rindu abah! 


Monday 4 February 2013

JAGA LAH KESIHATAN ANDA


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

perkongsian sedikit maklumat kesihatan..
mungkin ini pernah terjadi pd diri anda..

1.Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yg tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sdg dlm proses pembuangan toksin

Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan

Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin : A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BIBIR (Berkaitan sistem penghadaman) 1. Bibir pucat A. Sistem penghadaman lemah. B. Perut mengandungi angin. C. Kurang darah

Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi.Sakit itu hilang setlh berjalan

Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan

RAMBUT GUGUR Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah

BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air utk menjalankan proses pembuangan toksin

RASA TAKUT MENGEJUT Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 1.Sistem jantung yang lemah. 2.Sistem saraf otak yang lemah. 3.Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL Sistem penghadaman yang lemah

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


sekadar perkongsian..info ni di copy dr twitter Ahmad Fedtri Yahya..^_^

sakit itu merupakan penghapus dosa kecil..

selamat menjaga kesihatan!

Sunday 3 February 2013

KEBERGANTUNGAN + REDHA

Bismillahirrahmannirrahim

salam satu kemaafan!

Hikmah Allah hilangkan org yg kita syg dari kita.
ini yang akn di bual bicara kan utk entry kali ini ye..
* perghhh dh mcm forum perdana plaknye*
style!

ok dah fokus!

sebab ape Allah hilangkan org yg kita syg dari kita?
Sebab Allah nak tunjukkan yg tak semua benda kita syg itu milik kita.
Sebab supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah

Ok cuba kita lihat diri kita, dalam kehidupan kita seharian, kita sering bergantung pada manusia yang lain. Betulkan??
kita nak duit, kita call parent kita, kita sedih, kita cari mak ayah kita. kita clash, kita cari kawan baik kita. kita happy, kita clebrate dgn couple kita. Bahkan dlm belajar pun mcm tu jgak. bile ade test or esaimen kite brharap ada rakan yg akn alertkn kite.
bayangkan pd suatu hari org yg kite harapkn ini tiada..ape yg terjadi pd diri kita??


Hikmahnya di sini, Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rase kehilangan yg amat sangat..hilang tempat bergantung. 

Padahal yang maha memberi itu DIA.
Yang Maha Mendengar itu DIA.

Manusia itu sebagai medium perantara sahaja.

jadi di sini 
kenapa kita perlu bersedih bagai nak rak bile hilang org yg kita syg?
kenapa perlu di tangisi brtahun2?
tak salah utk menangisi kehilangan org yg kite syg..tapi brpada2 lah kan..

 sy sendiri pn tetap berasa kehilangan, sedih dan merindui org yg paling sy syg..iaitu AYAH sy..
org yg selalu tenang menasihati anaknye, org yg paling garang dlm mendidik anaknye, org yg paling ohsemm dlm sgala hal!

pernah trlintas..sy telah kehilangan tempat brgantung!
hilang arah sampai x bole brfikir..sy mengucap dan istighfar banyak2..
Allah masih ade bersama sy..sentiasa ade..Allah x pernah hilang..
saya redha dgn kehilangan ini..
bila sy rindu ayah sy..sy sedekahkn Al-Fatihah..sy mengaji dan berdoa supaya Allah sampaikan rindu sy kepadanya..

Bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan 100% pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dpt di kawal..yang penting kite kena redha..redha..redha..

ALLAH sentiasa ade bersama dengan kita..dalam ape jua keadaan..kita je yg selalu alpa..
Ya Allah kuatkn imanku untuk sentiasa berdamping denganMu..
Ampunilah diri ini yang lalai dengan hal duniawi..
Permudahkan la segala urusanku..

Astaghfirullah..
Subhanallah..
Allahuakbar.


INI ENTRY TERTUNDA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini entry tertunda

Zaman degree ni aku terlalu bermain-main. Semua perkara aku tak ambil serius tapi kadang2 serius jugak la.. Aku tak mahu memikirkan perkara itu. Bila fikir aku sedeh, bila fikir aku stress, bila fikir nak marah. Sampaikan kadang-kadang dengan sendirinya air mata jatuh. Kata orang, lebih baik lepaskan apa yang tidak mampu untuk simpan lagi. Ya, ada benarnya. Lebih baik kita lepaskan saja. Untuk kebaikan diri sendiri juga. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan sekarang sangat-sangat lega.
Dulu, bila ujian sebegini datang saya pernah terdetik di dalam hati "adakah Allah tidak sayang akan aku?".."apa salah aku?sedangkan aku dah buat yang terbaik".bila semua ni dapat handle, baru aku sedar Allah sayang aku. Allah nak hati aku semakin  kuat.

 Allah takkan uji orang yang Dia tak sayang

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."(2:286)


Ini janji Allah. Sebagai hambanya kita kena yakin dengan janji-Nya.

Allah yakin aku mampu untuk menghadapi semua ini

Cuma dia nak uji adakah aku sanggup untuk terima ujian ini atau aku akan salah kepada-Nya. 
Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin dekat kita pada Allah, inshaAllah. Bagi aku biar orang nak kata kita dan kadang-kadang tu aku tak sanggup pun nak dengar tapi aku percaya satu ayat ni yang pernah aku baca lebih kurang macam ni ayat dia 

Allah menyukai orang-orang yang suka mengadu perihal kepadanya dan kembali kepadanya

Bila kita mengadu pada Allah, hati kita akan lebih  tenang. Kita sebagai manusia, aku boleh bagi contoh aku sendiri bila susah, ada problem baru nak ingat Allah. Sebab aku manusia biasa yang selalu lalai dan leka. Sebab tu juga Allah beri ujian tanda . Dia sayang kita dan ingin kita lebih dekat kepada-Nya. 




“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

(94:5-6)

p/s: tolong ingatkan aku jika aku semakin lalai dgn duniawi..


BERMAIN DGN API ITU PANAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ehemmm
salam IM4U

kabare kabeh? 

*bermain dgn api itu panas*
*bermain dgn hujan itu sejuk*

ha ape kaitan 2 ayat di atas ni?
haaaa..
ape persamaan yang bole ditafsir kat situ?
ce teka? ce teka?

what??????
mls nak teka? makan kaki kang sekor2 ni!

hahahaha

bermain dgn api.
api itu panas rite? kalau kene tgn pun kite dah jerit ouchhhhh!! erghhhh pedih2! 
sakit x kene api? sakit kan..injured!

bermain dgn hujan?
syok wooo men hujan..sejuk je..sdp tido..tp kalo dh asik men hujan mula la "uhuk uhuk", "haaaacchummm!", "need paracetamol" dahh demam..demam tu sakit tak?
sakit kan...sakit kepala..sakit hidung tekak badan..x larat nak bangun..

ha masih x faham lagi ke??
kalo x faham mmg no 1 la org yg bc ni..hahaha
sekian itu saje nak cakap!























eh nak tau jwpn jugak ke?
hahahaha..ok2 aku kabo la ye..

main dgn api tu mmg sakit..main dgn hujan pun sakit..
so as conclusion, kedua2nya ade risiko!
hahaha..hangpa pikiaq sendiri na


Saturday 2 February 2013

MY SUPERVISOR IS OHSEMM

Dengan Nama  ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

memandang kan kepala tengah ting tong membaca journal
let's kita berceghite psl FYP!
hahaha..
FINAL YEAR PROJECT

penat sebenarnya nak menyiapkn FYP ni..
eh? belum full lagi la..baru siapkn proposal sebenarnye sem ari tu..
macam2 dugaan nak menyiapkan..
FYI our proposal is by group!

bersengkang mata sampai pukul 3 pagi..
jadi panda la time tu..
journal bersepah kt meja..gile style kot! baru mcm bdk bljr ye dak??
plus kne siapkan sistem lagi..
hadoiiii
sumpah nak nangis setiap mase!
3 kali proposal kena reject..
xpe belajar dari kesilapan.
ini baru PROPOSAL!

alhamdulillah..
kami dapat supervisor yang sangat baik.
PN NAZIRAH BINTI RAMLI
we luv you!
beliau buat FB semata2 utk mengajar kami jarak jauh PJJ (sbb tgh cuti)
create 1 group utk kami..
sgt cumel + style our sv!

for FYP
it is individual!
nak sakit sakit sorang!
x puas hati,sorang2!
sume sorang2 la senang cakap.

hopefully fyp aku brjalan dgn lancar!

eh lupe plak nak bg tajuk FYP aku..


FORECASTING TOURIST ARRIVAL TO SARAWAK BASED ON FUZZY APPROACH


haaaa..
style x?
nak ramal pelancong guna kaedah kabur..
mmg tgh kabur lagi ni..
hahaha..

ok!


wish me luck for my FYP

nak jadi mcm Fathi!


Friday 1 February 2013

SAYA JUGA MANUSIA BIASA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ehemmm!
haaaacchhummm!
 
srooot! sroot! sroott!

ok itu kemproh! hahaha
intro je tu..

sebenarnye nak ceghite..
tadi tangan ni gatal sangat nak stalk belog org..
belog bintang jadah apenye ntah..
hamik kau! 

sentap seketika..zappppp!

its ok my fren kalo anda jujur dgn sy..
tp..ape yang anda telah buat??
anda x pernah terfikir bukan? x pernah tahu atau sengaja x ambil tahu??

KAU TIPU AKU KAWAN!!

kalo anda baca entry ni lagi bagus!



sekian fullstop!

WAJAH BARU SEGALANYA DI SINI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

salam jumaat dan salam 1 febuari 2013

ehemmm!
fuhhh! penat otak dan pinggang
*pusing pinggang + picit kepala*

seharian menggodek-godek belog yang dah bersarang tebuan ni.
dah lama x hupdate and x conteng kat sini..
rasa kekok pulak nak hupdate ceghite hot ni kau..haaa
ni pun curi mase dari stress membaca dan mencari journal..

eh??

sebenarnye xtau la nak citer ape
ari tu macam banyak je nak di ceritakan dan di luahkan kt belog a.k.a my diary ni..
hmmmmmm..
*blurrrr*
*fuzzy*

sekian!

wasssalam...

Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini