Bismillahirrahmannirrahim..
Luahan rasa hati..
x semua benda kita dapat luahkan.
xtau macam mana nak luahkan..
sebab tu ape yg dilihat di luar belum tentu mencerminkan apa yg ada di dalam hati.
bukan bererti hipokrit, but sometimes org lain xtahu apa yg sebenarnya kita rasakan saat itu.
kadang apa yg hamba cerita itu hanya 5% saja.
apabila kita bahagia, x perlu kita perlihatkan kebahagiaan itu secara berlebihan kpd org lain.
apabila kita suka, x perlu kita menunjukkan suka yg amat. berpada2 lah dlm menyukai..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia mat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)
riak wajah x mampu menipu..
even tengah sedih, gumbira, kiciwa..
Cukuplah Allah tempat kita menumpahkan segala rasa yg ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.."Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik baik pelindung."
Hanya Allah yg Maha Pemberi apa yg terbaik. atas keyakinan itu, hamba terus berharap mencari redhaNya.
Ya Allah, gantikan lah apa yg telah hilang dariku dengan sesuatu yg lebih baik.sesungguhnya engkau maha mengetahui atas tiap2 sesuatu.
tiada siapa yg dapat melawan takdir Allah..
Kun Fayakun (Yassin:82)
ada banyak hal yg baik berlaku apabila kita diam. X di nafikan ada juga hal yg buruk akibat kita diamkan apa yg kita rasa, yg kita tahu.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat.
sama-sama kita renungkan..
kita mahu setiap permintaan kita di makbulkn dengan cepat,
kita mahu setiap urusan duniawi berjalan lancar..
tapi adakah kita percepatkan urusan kita dengan Allah?
*sekadar peringatan sesama muslim*
Therefore, ingatlah Allah sentiasa.niatkan apa yg kita lakukan demi Allah. Jangan dah jatuh baru nak ingat Tuhan. Allah sentiasa ada dengan kita even susah atau senang..so why kita ingat Dia jarang2?
jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti akan jaga hubungan kita dengan yg lain.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat, kecuali bagi org yg khusyuk iaitu org2 yg meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya".
(Al-Baqarah:45-46)
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Al Quran panduan penunjuk jalan..
sunnah rasul penerang kegelapan..
Al Quran boleh menyejuk kan hati..dan melapangkan jiwa..
*petikan lirik nasyid dr kumpulan ape ntah..*
Hari-hari dengar muzik, tapi Al Quran tak di baca..RUGI!!
Sibuk berniaga tak sempat baca Al Quran..RUGI!!
Sibuk berpolitik tak pernah baca Al Quran..RUGI!!
Pandai menyanyi, karaoke, dangdut, joget tapi tak pandai baca Al-Quran..RUGI!!
Pandai ilmu akademik tapi tak pandai baca Al Quran..RUGI!!
"boleh membaca Al Quran tetapi tak nak membaca Al Quran..RUGI!!
Tak tahu membaca dan tak nak belajar membaca Al Quran..RUGI!!
RUGI!!
Dunia & Akhirat
dalam Al Quran terkandung seribu satu cerita..doa..
jika kita tengah stress, jiwa kacau,
cubalah untuk membaca Al Quran..
tiada yang lebih tenang bila mendengar ayat ayat Al Quran..
Bismillahirrahmannirrahim
salam satu kemaafan!
Hikmah Allah hilangkan org yg kita syg dari kita.
ini yang akn di bual bicara kan utk entry kali ini ye..
* perghhh dh mcm forum perdana plaknye*
style!
ok dah fokus!
sebab ape Allah hilangkan org yg kita syg dari kita?
Sebab Allah nak tunjukkan yg tak semua benda kita syg itu milik kita.
Sebab supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah
Ok cuba kita lihat diri kita, dalam kehidupan kita seharian, kita sering bergantung pada manusia yang lain. Betulkan??
kita nak duit, kita call parent kita, kita sedih, kita cari mak ayah kita. kita clash, kita cari kawan baik kita. kita happy, kita clebrate dgn couple kita. Bahkan dlm belajar pun mcm tu jgak. bile ade test or esaimen kite brharap ada rakan yg akn alertkn kite.
bayangkan pd suatu hari org yg kite harapkn ini tiada..ape yg terjadi pd diri kita??
Hikmahnya di sini, Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rase kehilangan yg amat sangat..hilang tempat bergantung.
Padahal yang maha memberi itu DIA.
Yang Maha Mendengar itu DIA.
Manusia itu sebagai medium perantara sahaja.
jadi di sini
kenapa kita perlu bersedih bagai nak rak bile hilang org yg kita syg?
kenapa perlu di tangisi brtahun2?
tak salah utk menangisi kehilangan org yg kite syg..tapi brpada2 lah kan..
sy sendiri pn tetap berasa kehilangan, sedih dan merindui org yg paling sy syg..iaitu AYAH sy..
org yg selalu tenang menasihati anaknye, org yg paling garang dlm mendidik anaknye, org yg paling ohsemm dlm sgala hal!
pernah trlintas..sy telah kehilangan tempat brgantung!
hilang arah sampai x bole brfikir..sy mengucap dan istighfar banyak2..
Allah masih ade bersama sy..sentiasa ade..Allah x pernah hilang..
saya redha dgn kehilangan ini..
bila sy rindu ayah sy..sy sedekahkn Al-Fatihah..sy mengaji dan berdoa supaya Allah sampaikan rindu sy kepadanya..
Bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan 100% pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dpt di kawal..yang penting kite kena redha..redha..redha..
ALLAH sentiasa ade bersama dengan kita..dalam ape jua keadaan..kita je yg selalu alpa..
Ya Allah kuatkn imanku untuk sentiasa berdamping denganMu..
Ampunilah diri ini yang lalai dengan hal duniawi..
Permudahkan la segala urusanku..
Astaghfirullah..
Subhanallah..
Allahuakbar.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
ehemmm
salam IM4U
kabare kabeh?
*bermain dgn api itu panas*
*bermain dgn hujan itu sejuk*
ha ape kaitan 2 ayat di atas ni?
haaaa..
ape persamaan yang bole ditafsir kat situ?
ce teka? ce teka?
what??????
mls nak teka? makan kaki kang sekor2 ni!
hahahaha
bermain dgn api.
api itu panas rite? kalau kene tgn pun kite dah jerit ouchhhhh!! erghhhh pedih2!
sakit x kene api? sakit kan..injured!
bermain dgn hujan?
syok wooo men hujan..sejuk je..sdp tido..tp kalo dh asik men hujan mula la "uhuk uhuk", "haaaacchummm!", "need paracetamol" dahh demam..demam tu sakit tak?
sakit kan...sakit kepala..sakit hidung tekak badan..x larat nak bangun..
ha masih x faham lagi ke??
kalo x faham mmg no 1 la org yg bc ni..hahaha
sekian itu saje nak cakap!
eh nak tau jwpn jugak ke?
hahahaha..ok2 aku kabo la ye..
main dgn api tu mmg sakit..main dgn hujan pun sakit..
so as conclusion, kedua2nya ade risiko!
hahaha..hangpa pikiaq sendiri na
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Jangan terlalu menilai manusia melalui pakaiannya.
Tapi lihatlah dalam dan luarannya..
melihat luaran sahaja bukanlah sesuatu yang betul.
berlaku adillah terhadap insan lain..
setiap insan ada coretan hidup masing masing..tak semua orang setuju dan hendak jadi seperti kita.
BE POSITIVE AND OPEN MINDED
Bukan hak kita untuk mengukur dan menghukum..kita hanya mampu menegur.
Tegur ini ada pelbagai ragam..
Teguran kepada si A dan si B tak sama.
Manusia sifatnya lain..
banyak udang banyak garam..banyak orang banyak ragam
FITRAH!!
jadi tegurlah dengan berhemah..
di terima atau di tolak itu bukan kuasa kita
Yang penting niat kita..
Menegur kerana ILAHI
Luruskan niat kerana Allah S.W.T.insyaALLAH..
innamal a'amal lubinniat..
jangan kerana terlalu melihat luaran seseorang, seutas tali persahabatan terpaksa di leraikan..
Astaghfirullah..
Sama samalah kita bermuhasabah..
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Jumaat semua
Entry ini..
sesiapa yang cepat frust dan kecik hati apabila dihina dan ditegur..
SILA BACA SAMPAI HABIS
( peringatan untuk diri sendiri juga )
~ mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa..
tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati..
mesti menjadi persoalan kan..
Kenapa orang kecilkan hati kita tapi kita pulak yang berdosa??
baca dan fahami dialog ni..
AYAH: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. jika kita terasa hati dengan penghinaan dia kita juga berdosa..tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..
ANAK: uikkkkk?? kenapa pulak?? kita tak buat apa apa pun..
AYAH: kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH
ANAK: @_@ blurrrr...(>__<")
AYAH: kenapa kita dihina oleh orang itu? kerana itu adalah uijian dari ALLAH..kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia..bila kita berkecil hati dengan org tersebut bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan..kesimpulannya kita bukan kecil hati dengan orang tapi kecil hati dengan ALLAH.
ANAK: oooooooo ok..
AYAH: lagi parah bila kita pun cerita pada kawan kawan kita.."dia dah banyak buat aku macam ni macam tu..etc" dan kawan kawan kita pula akan cerita pada kawan kawan yang lain.."kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu akan lesap..
ANAK: *termakan lada plak..heeee..pedas..(*_*)
so as a conclusion
:: jangan mudah terasa hati ::
~ maknanya kita tak redha dengan ALLAH
nanti ALLAH pun x redha dengan kita..nauzubillah..
motif: malam tadi mimpi salam mintak ampun dengan arwah abah..sejuk je tangan abah..really2 miss u dad..Al Fatihah..moga dikau aman dan tenang disana..
Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini