Sunday 3 February 2013

INI ENTRY TERTUNDA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini entry tertunda

Zaman degree ni aku terlalu bermain-main. Semua perkara aku tak ambil serius tapi kadang2 serius jugak la.. Aku tak mahu memikirkan perkara itu. Bila fikir aku sedeh, bila fikir aku stress, bila fikir nak marah. Sampaikan kadang-kadang dengan sendirinya air mata jatuh. Kata orang, lebih baik lepaskan apa yang tidak mampu untuk simpan lagi. Ya, ada benarnya. Lebih baik kita lepaskan saja. Untuk kebaikan diri sendiri juga. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan sekarang sangat-sangat lega.
Dulu, bila ujian sebegini datang saya pernah terdetik di dalam hati "adakah Allah tidak sayang akan aku?".."apa salah aku?sedangkan aku dah buat yang terbaik".bila semua ni dapat handle, baru aku sedar Allah sayang aku. Allah nak hati aku semakin  kuat.

 Allah takkan uji orang yang Dia tak sayang

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."(2:286)


Ini janji Allah. Sebagai hambanya kita kena yakin dengan janji-Nya.

Allah yakin aku mampu untuk menghadapi semua ini

Cuma dia nak uji adakah aku sanggup untuk terima ujian ini atau aku akan salah kepada-Nya. 
Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin dekat kita pada Allah, inshaAllah. Bagi aku biar orang nak kata kita dan kadang-kadang tu aku tak sanggup pun nak dengar tapi aku percaya satu ayat ni yang pernah aku baca lebih kurang macam ni ayat dia 

Allah menyukai orang-orang yang suka mengadu perihal kepadanya dan kembali kepadanya

Bila kita mengadu pada Allah, hati kita akan lebih  tenang. Kita sebagai manusia, aku boleh bagi contoh aku sendiri bila susah, ada problem baru nak ingat Allah. Sebab aku manusia biasa yang selalu lalai dan leka. Sebab tu juga Allah beri ujian tanda . Dia sayang kita dan ingin kita lebih dekat kepada-Nya. 




“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

(94:5-6)

p/s: tolong ingatkan aku jika aku semakin lalai dgn duniawi..


No comments:

Post a Comment

Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini