Tuesday, 25 February 2014

KORANG BUAT..KORANG DAPAT

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit perkongsian dari saya
dipetik daripada:
Sudut Renungan bersama Tok Putih (UJANG)

* kalau nak wajah kelihatan segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhuk.Jangan dilap, biarkan menitis dan kering sendiri. Kemudian solat, berzikir dan berdoa.

* kalau nak menghilangkan stress, perbanyakkan solat dan mengadu pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

* kalau nak awet muda, sentiasa mengukir senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' ketika menghadap cermin.."Allahumma Kamma Hassanta Khalqi Fahassin Khuluqi" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku).

* kalau nak mendapatkan bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah. Jangan berbohong atau menyakiti hati orang lain serta tidak menyombongkan diri atau takbur.

* kalau nak tubuh langsing, berpuasa seminggu dua kali. Isnin dan Khamis. Lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud A.S; dimana baginda berpuasa selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran,buah-buahan dan air putih.

* Kalau hendak dikenali sentiasalah beri salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenal dan disayangi.





sekian..
selamat beramal..
korang buat ..korang dapat..
^_^

Saturday, 15 February 2014

Feeling

 

ehem ehem..
feeling feeling sikit dengan lagu ni..
hehehe..
tiada kaitan dengan apa apa ye..
just lirik je...
nak suwit lagi haa dengar lagu ni..

kekonon je berangan..kikiki
Insyaallah..
majlis aku nanti nak suruh dejay mainkan lagu ni + lagu kondangan..
fuhhhh..berangan lebih weh!





Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

moga bertemu dengan Mr.Imam 
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Moga Allah jaganya untuk diri ini..
Kami sedang mempersiapkan diri untuk menjadi yang soleh dan solehah.

TERAKHIR KALINYA

In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

buat terakhir kalinya dapat email dari UiTM.
maka secara tidak rasminya tamatlah pengajian degree aku.
selagi belum konvo tak rasmi lagi la kan..hehe

3 tahun bertungkus lumus, berkerja keras, memeningkan kepala, memerah otak, menstresskn diri dan macam macam me.. lagi la..haha
akhirnye....
aku berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Matematik Pengkomputeran
Kelas Pertama..hehe
yeay tak payah bayar PTPTN.

kejayaan ini bukan untuk diri sendiri saje..
kejayaan ini untuk keluarga tersayang.
terutamanya untuk arwah abah yang banyak berkorban untuk membesarkan dan beri pendidikan untuk anaknya yang nakal degil ni..
sedih!!
sebab abah tak dapat melihat anaknya ini naik ke pentas mengenggam segulung ijazah kelas pertama.
moga dikau tenang dan tersenyum di sana wahai ayah..
kejayaan ni juga untuk mak yang juga banyak berkorban untuk memberi yang terbaik, yang jadi tempat aku mengadu itu dan ini..

ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada:
:: family yang banyak membantu dari segi kewangan, dorongan, nasihat ::
:: pensyarah yang memberi ilmu dan tunjuk ajar, mohon dihalalkan segala ilmu yang diberi ::
:: classmate yang banyak membantu terutamanya working united (farid and farah) ::
:: housemate yang sporting dan gila gila ::
:: mr. kaunselor yang banyak bagi nasihat, teguran, bebelan, bagi al quran ::
:: semua yang sentiasa hadir waktu aku susah dan senang ::



akhir kata:
siapa yang berusah pasti akan berjaya
carilah redha Allah..redha Allah terletak pada redha ibubapa


Thursday, 6 February 2014

Jawapan Istikharah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Aku harap malam ni kau tak muncul lagi
Jangan menjelma dalam mimpi
Tapi malam ni aku akan bersujud dalam gelap malam
AKu bermohon dalam diam
Kalau kau yang aku nampak
Mohon Allah jaga kau dalam senyap
Sampai jumpa jadi nyata
Kau depan mata.








istikharah jalan yang terbaik.
Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini