Wednesday 4 July 2012

Nisfu Syaaban 1433H


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Nisfu Sya'aban..

Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan di gantikan dengan bulu catatan yang baru.

"ALLAH melihat kepada hamba hambaNya pada malam nisfu sya'aban, maka Dia ampuni semua hamba hambaNya kecuali musyrik dan yang bermusuh (orang yang benci membenci)."
[Riwayat Ibn Hibban,al-Bazzar dan lain-lain]

"Semoga ALLAH melindungi ku dari keburukan dan kejahatan kamu serta melindungi kamu dari keburukanku dan kejahatanku..semoga Allah melindungimu dari kemurkaanNya dan nerakaNya..dan semoga Allah memberkati kamu dan mengampuni segala dosa kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu buat selama-lamanya..
semoga Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, melindungi kita semua dari azab neraka, azab kubur, fitnah fitnah kehidupan dan kematian, fitnah fitnah dajjal laknatullah, fitnah fitnah syaitan jin dan manusia dan seluruh fitnah fitnah dosa dosa silam kita.."
Amin..

Dan Ingatlah..hanya dengan mengingati ALLAH, hati kita akan menjadi tenang..

Cukuplah ALLAH sebagai wakilku atas segala urusan, tiada daya upaya daku melainkan dengan kekuasaan ALLAH Yang Maha Agung, Yang tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH semata-mata. Maha suci ALLAH, segala puji bagi ALLAH, tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan ALLAH MAHA BESAR..

*******************************************************************************
Nisfu Syaaban tahun ni sangat berbeza dan tetap di rasai..

1: tiada lagi suara seorang ayah mengingatkan anaknya untuk membaca Yassin 3 kali..
2: tiada lagi nasihat dari seorang ayah untuk anaknya..
3: tiada lagi ABAH di sisi untuk menyambut nisfu syaaban,Ramadhan, Syawal dan bulan2 seterusnya selepas 14 Syawal 1432H..

*********************************************************************************
sempena malam nisfu syaaban ni..
saya
SITI MUSLEHA BINTI AB MUTALIB 
memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kepada semua..
Buang yang keruh ambil yang jernih..
Semoga dengan adanya buku yang baru ni diharapnya agar bertambah amalan kita..
InsyaAllah..



No comments:

Post a Comment

Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini