Sunday 12 February 2012

BAYARAN SEBUAH KEMAAFAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Maaf!
 senangnya nak ungkap
Maaf ada makna atau tiada makna?
seikhlas mana ungkapan maaf itu??
adakalanya lebih baik memaafkan saja..
walaupun bukan salah kita.

apa salahnya kita lapangkan dada
api dengan api akan terbakar
Mengungkapkan perkataan maaf mungkin mahal dihujung lidah kita
tapi percayalah memaafkan akan melapangkan hati kita..
walaupun disudut hati masih berbekas terasa hati..
Dalam kehidupan ini kita telah menemui pelbagai ragam manusia..
Adakalanya amat menyakitkan hati..
namun adakalanya amat mengembirakan hati..
itulah yang kita pelajari dalam kehidupan..
asam garam kehidupan..
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
semua orang melakukan kesilapan samada secara disedari atau tidak..
Namun apabila disedari,
kita akan beljar dari kesilapan..
Sesekali kita akan terasa amat sakit hati dengan perbuatan orang itu.
namun tidak pula kita ketahui mungkin pada masa yang sama orang itu pun sakit hati dengan kita..
Mengapa kita menjadi terlalu keras hati untuk memaafkan??
mahalkah harga kemaafan??

Kite menjadi tegar,
tidak mahu bertanya..
tidak mahu mengakui,
tidak mahu mendekati..
apakah kesudahannya jika begitu??

kite sebenarnya telah membayar harga yang terlalu mahal,
kerana hati menjadi batu,
sakit hati yang teramat hingga menimbulkan dendam.
KENAPA??

Marilah kita rungkaikan kemarahan ini dengan memaafkan,
kerana bayaran sebuah kemaafan itu
hanya dapat kita rasai setelah memaafkan..
hati akan menjadi tenang..
jangan diikut jalan syaitan..

Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk keseluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman. meskipun adakalanya kemaafan sukar dilepaskan kerana luka di hati masih terkesan. Tetapi ajaibnya, ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan " aku maafkan kamu" ( macam lagu Jamal Abdillah tu..hehe)

Itulah hidayah ALLAH SWT..

Manusia pasti tidak boleh lari dari melakukan kesilapan..
Itulah hakikatnya..

can forgive..let's forget..






No comments:

Post a Comment

Copyright@Kaksmuchs segalanya di sini